Sunday, November 15, 2009

SI DIA YANG SUDAH DI MILIKI

DIA...
Lelaki yang selalu ku rindu..
Yang sering jadi penawar hidupku..
Yang kerap kali hadir di kala ku kesepian..
DIA...
Seorang yang sederhana..
Selalu disakiti oleh seorang gadis..
Si gadis bernama 'aku'..
Namun.......
Dia tetap tabah dengan kerenahku..
Aku amat menyayanginya..
Tetapi....
Tidak pernah ku luahkan walaupun hanya sekali..
Aku takut..
Amat takut sekali..
Takut dikecewakan sekali lagi..
Ku sedar ku bukan siapa-siapa..
DIA...
Lelaki yang mudah didampingi wanita..
Seorang yang baik hati..peramah..jujur..
Akan tetapi....
Dia sudah pergi jauh entah ke mana..
Sudah tiada lagi disini..
KINI.....
Ku kesepian tanpa kehadirannya..
DIA...
Lelaki yang sudah dimiliki..
Hatiku sakit bila mendengar khabar itu..
Pedih amat sekali..
Kini ku sudah terlewat..
Lewat untuk berkata-kata..
Lewat untuk meluahkan isi hatiku..
MAAFKAN DIRIKU SAYANG..
:(
Terpaksa melupakanmu dan meninggalkanmu..
Kini ku pergi....
Pergi jauh dari pandanganmu..
Moga kau bahagia dengan HATImu..
Ingatlah !
Bahawa ku amat menyayangimu..
DIA......

serunai rindu,
fieyfa
(rekaan semata-mata ok ! :DDDD )

No comments:

Post a Comment